28 September, 2011

KEISTIMEWAAN KERJAYA GURU DAN DOKTOR



Haji Sulaiman bin Haji Konit, PJK .


Jika di tanya apa keistimewaan nya, kerjaya sebagai guru atau doktor? ... Sebagai definasi, mereka yang bertugas di sekolah atau yang seumpama dengannya, di panggil guru; sedangkan yang bertugas di hospital, yang dulu di panggil rumah sakit di kenali sebagai doktor dan jururawat. Istilah guru atau pendidik termasuk mereka yang bekerja di peringkat rendah seperti tadika dan mereka yang menyampaikan ilmu pengtahuan, di sekolah rendah, menengah hingga ke menara gading. Yang di maksudkan dengan doktor, termasuk juga yang membantu nya seperti jururawat atau para medit.


Khidmat mereka di cari-cari di ketika-ketika tertentu. Bagi para pendidik khidmat mereka di perlukan bila orang berasa tak tahu atau ingin ia tahu untuk mengubah status mereka menjadi orang yang mengtahui atau orang yang pandai. Selepas itu mungkin pada setengah-setengah orang akan melupakan nya begitu sahaja ..., kecuali lah jika mereka duduk dan merenung kembali dan memikir kan nya secara jujur ; siapa lah aku ini, jika aku tidak belajar dan: l, 2dan 3 dan seterus nya, atau a, b dan c dan seterus nya, atau mengenalkan aku dengan : alif, ba, ta dan seterus nya. Dan bila bertemu di ketika mereka sudah diwasa dan menjadi pandai ada yang berkata : Itu lah cikgu yang selalu memarahi saya atau mencubit atau merotan tapak tangan saya masa saya di sekolah dulu . Itu lah yang manis nya sahingga mati pun mereka di panggil sebagai * cikgu * juga.


Alangkah besar nya khidmat seorang guru yang menyampaikan ilmu pengtahuan yang mencangkupi kehidupan ini , dunia dan akhirat , jika mereka berkhidmat secara jujur dan ikhlas, hanya kerana Allah . Mereka telah mencelek kan mata mereka (sebagai kiasan), mereka telah membuka * minda* ( perkataan ciptaan Ungku Aziz ) mereka mereka juga telah meransang hati mereka untuk menjadi orang yang berfikiran positif untuk menjadi orang yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat nya. Pahala menyampaikan ilmu akan berterusan bila-bila jika di lakukan dengan ikhlas . Sebagai manusia biasa sudah tentu guru juga mempunyai kelemahan-kelemahan , seperti manusia lain, yang perlu di lihat secara positif nya , tidak dari negatif nya sahaja .


Sebagai bekas seorang pendidik di beberapa peringkat dan di beri beberapa jenis tugas, yang mengikuti perkembangan pendidikan hingga kini, rata-rata guru muda sekarang mengatakan kerja guru dulu adalah : senang ; kerja guru sekarang adalah : susah ... Anda bersetujukah dengan pendapat tersebut ... ? . Saya menafikan anggapan tersebut.


Di sekolah guru akan berdepan dengan anak murid yang berbagai kerenah akal budi dan atau tingkah laku nya. Cergas, nakal, ceria, pendiam, dan umpama nya. Guru juga berdepan dengan murid yang pintar, cerdik, sederhana dan lembab. Guru juga berdepan dengan ibu bapa yang yang berstatus tinggi, sederhana dan rendah. Tak lari juga jika ada yang beranggapan jika aku orang pandai dan berjasa dan berjaya anak-anak ku juga sepatut mengikut acuan ibu bapa mereka. Masing-masing mempunyai ego mereka yang tersendiri.


Di kelas-kelas guru-guru akan berdepan dengan anak murid yang berlainan kebolehan kecerdikan dan kepandaian nya. Jika di kelas tersebut mempunyai 40 orang, dari pengalaman saya, hanya 5 orang yang pintar, 10 orang yang cerdik, 20 orang yang sederhana pandai, dan 5 lagi yang lembab. Ibu bapa sepatut nya tahu kebolehan anak-anak mereka, tetapi ada kala nya ibu bapa akan menyalahkan guru, jika anak mereka tak pandai. Percaya lah para guru akan mencuba seboleh-boleh nya untuk memandaikan anak-anak murid mereka walaupun ada segelintir guru menyerahkan nasib anak murid mereka terhadap takdir, dengan tidak mencuba kaedah yang memungkinkan anak murid mereka menjadi pandai seperti anak murid yang lain. Katakan lah, bagi murid yang lembab itu kelulusan nya hanya setakat 20 %, dengan usaha para guru mungkin boleh di tingkatkan ke aras 40 % jika di usaha dengan bersungguh-sungguh. Di situ lah terletak nya kepuasan guru bila berdepan dengan anak murid yang lembab. Adakah sekarang atau sebelum ini, guru akan berkata : biarlah budak itu begitu, atau berkata; saya dah puas mencuba berbagai cara, tetapi tak juga pandai-pandai ... . Bagi saya, saya tak sarnpai hati membiarkan murid saya terus tak tahu apa-apa. Saya menggeleng kepada rupa-rupa nya ada , sampai masuk PLKN pun ada yang tak tahu membaca dan menulis dengan betul. Adakah murid yang pandai atau yang lembab akan melupakan khidmat para guru mereka. Mungkin ada segelintir, agak nya.


Guru-guru yang tak sanggup berdepan dengan kerenah anak murid, dengan taraf kebolehan anak murid nya, akan berasa bosan dan menyusahkan jika menjadi guru, dan itu lah sebab nya dalam tahun 70 han, 80 han, 90 han, kerjaya guru tidak di minati, dan hanya menjadi pilihan terakhir jika tak ada kerja. Perkara tersebut nampak nya berubah selepas tahun 2000 ke atas. Itu pun di katakan juga, kerana tiada kerja lain. Boleh percayakah jawapan tersebut ... . Itu belum di sebut lagi kesusahan tentang prasarana alam persekolahan di zaman silam, yang terpaksa berjalan kaki dan menumpang rumah sewa yang di tinggalkan di pinggir kampung. Pengorbanan guru dulu lebih hebat, jika dibandingkan dengan guru sekarang. Kesusahan guru sekarang dikata kan tak boleh usik pun anak murid, takut kena saman. Di katakan juga guru sekarang banyak di bebankan tugas di luar mengajar terutama, kata mereka terpaksa mengisi banyak borang-borang tertentu.


Zaman sekarang banyak kemudahan penggunaan komputer, yang boleh di petik dengan jari sahaja. Segala maklumat boleh didapati melalui komputer, termasuk borang-borang yang akan di isi pun boleh menggunakan komputer. Sebenar nya saya berpendapat, di tiap-tiap era zaman ada kesulitan atau kesusahan yang terpaksa dirungkaikan, baik dulu atau sekarang. Percaya lah , nilai tiap-tiap manusia adalah bergantung kepada bagaimana mereka mengurus atau menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka, dalam kehidupan ini.


Mengenai dengan kerjaya doktor , saya pernah berbual dengan bebarapa orang doktor, sama ada doktor perubatan atau doktor pergigian. Seorang doktor gigi berkata , dia kena buat kerja dengan baik dan betul, kalau tidak kita kan kena komplen. Kata nya kerja kedoktoran , hanya di cari bila ada kesakitan di jasad mereka atau badan perlu mendapat rawatan . Selepas itu , bila sudah baik, sebahagian nya terus melupakan khidmat doktor yang merawat mereka. Tapi, kata seorang doktor lain, itu cuma pendapat subjektif sahaja, tidak menyeluruh kepada semua orang atau pesakit.


Pesakit yang yang di masukkan ke pusat rawatan rapi, saya dapati para doktor dan jururawat dan petugas lain seperti penghantar makanan di dapati bertugas dengan cermat sekali. Para doktor dan pembantu nya sentiasa memberikan semangat dan motivasi kepada pesakit nya untuk jangan berputus asa. Jika ada pesakit yang mengadu satu-satu penyakit yang di hidapi, akan di hadapi nya dengan kata-kata yang memberangsangkan . Saya dapati mereka tidak pernah marah atau merungut terhadap pesakit mereka. Tak tahu lah jika di belakang pesakit.


Adakah patut kita melupakan khidmat mereka ketika kita memerlukan nya. Sepatut nya orang yang telah sembuh dari sakit, kerana khidmat doktor ( dengan izin Allah ), tidak sepatut nya melupakan khidmat doktor dan para medit . Itu hanya lah pendapat sesetengah orang yang mempunyai berbagai kerenah dalam kehidupan ini. Termasuk juga yang bertugas di hospital. Bagi saya, saya tidak terlintas pun melupakan khidmat para doktor yang mengubat dan merawat saya. Pada hemat saya, para doctor dan jururawat, yang mendapat latihan dan motivasi tidak berkata demikian. Hanya segelintir yang beranggapan demikan , amat sedikit bilangan nya.


Saya nak simpulkan mengenai kerja profesion pendidik dan kedoktoran tersebut adalah sama-sama penting, di cari-cari di ketika-ketika yang tertentu . Satu dari nya di cari-cari ketika kita hendak mendapat ilmu pengtahuan, dan satu lagi ketika kita sakit yang memerlukan rawatan lanjut . Manusia yang yang berbudi akan tetap mengingati , khidmat kedua-dua profesion ini, dengan tidak menafikan sama sekali bahawa setiap kerjaya yang ujud di alam ini adalah mulia, jika di lakukan dengan ikhlas dan jujur, hanya kerana Allah.


Jangan sekali melupakan jasa mereka. Dan jangan sekali para pendidik dan doktor yang merawat pesakit berasa kecil hati jika di benak-benak ada terselit sedikit, seolah-olah mereka semacam di lupakan.



Bekas Guru Besar SKBT dan Tokoh Guru Temerloh 1998.
Jumaat :23.09.11. / 25 Syawal 1432.