27 June, 2010

KOPERASI GURU MELAYU PAHANG SELATAN BERHAD << SAGUMPAS >>


Oleh : Haji Sulaiman bin Haji Konit, PJK.

I>... PEMBUKA MINDA.

APABILA kita berkata, kita akan menggunakan mulut (bahasa lisan), menggunakan hati (bahasa qalbu), menggunakan minda (bahasa pemikiran). Jika ketiga-tiganya digunakan ketika bertutur, ertinya kita ikhlas dan akan diredhai Allah, dan sekiranya kita hanya menggunakan satu atau dua sahaja dari bahasa tersebut, ertinya kita tak jujur dalam memperkatakan sesuatu, dan akan mengundang kemurkaan Allah.

II>... SEJARAH PENUBUHAN SAGUMPAS.

Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan telah ditubuhkan dengan rasminya, di bawah Ordinan Koperasi Malaysia pada 28 Oktober 1952, dengan nombor pendaftaran 1800. Ketika itu saya baru bekerja 2 bulan 28 hari, kerana saya mula berkhidmat pada 1.8.1952. Saya terus menjadi ahli dengan bilangan 127 . Agaknya tak ramai yang masih di pinjamkan Allah umurnya, dan terus menerus menjadi ahli Sagumpas. Bolehlah dikatakan saya salah seorang generasi pengasas koperasi kesayangan guru-guru dan kaki tangan yang berkhidmat di Pahang Selatan (Temerloh, Bentong dan Maran).

Sagumpas adalah tempat mengadu untuk mendapat pertolongan kewangan di masa lalu, mungkin juga di masa kini. Masa bujang mungkin untuk membeli basikal reiley, masa menuju gerbang perkahwinan mungkin untuk belanja kenduri walimatulurus, dan bila anak hendak melanjutkan pelajaran Sagumpas juga tempat mengadu. Bila sudah berkeluarga rumah hendak di beli , Sagumpas juga tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sagumpas seolah-olah sebuah bank bagi guru dengan pinjaman mudah.

Kini, Sagumpas telah berusia mencecah 58 tahun pada 28.10.2010 ini. Begitu banyak jasa nya kepada ahli-ahlinya, kerana kini Sagumpas telah beroperasi pula dalam lapangan memajukan projek perumahan, kedai buku, kedai tayar, memberi derma siswa kepada ahli dan anak-anak ahli, selain dari berbagai pinjaman mudah bayar dengan bayaran perkhidmatan yang sedikit.

III>... BERKHIDMAT DENGAN SAGUMPAS.

Saya mula berkhidmat dengan Sagumpas pada tahun 1983, sebagai setiausaha setelah di minta oleh Pengerusi masa itu, Tuan Haji Yahya Abd Latif. Saya menjadi setiausaha hampir 10 tahun, dan kemudian menjadi Pengerusi Kedai Buku, kemudian Pengerusi Kedai Tayar dan kemudian Pengerusi Kebajikan. Oleh sebab telah bersara dari kalangan guru ada yang berkata, jangan lantik lagi orang pencen ...!. Konon kata mereka, sudah kekurangan idea dan sebagai nya. Walaupun begitu nampak nya pada masa sekarang masih ada juga yang telah bersara tatpi masih hendak dan mengekalkan dalam bertanding dalam Ahli Lembaga Koperasi. Nampak saya tiada pun yang menceleh idea nya. Yang paling saya tak suka dalam koperasi pun macam dalam politik juga, selalu buruk memburuk, hanya untuk duduk dalam Ahli Lembaga dengan mendapat sedikit imbuhan .. Tak perlu lah saya sebutkan berapa elaun bulanan, kerana saya berpendapat bekerja di koperasi, banyak nya bekerja dengan sukarela ...

Oleh sebab itu mulai tahun 2001, saya tak bertanding lagi untuk menjadi Lembaga Pengarah Sagumpas, walaupun ramai meminta saya untuk terus berkhidmat dalam Koperasi Sagumpas yang di sayangi ini. Cukup-cukup lah setakat ini sahaja. Sebagai pengasas saya berazam jika dengan izin Allah, saya akan terus menjadi ahli biasa sahaja.

Rasa saya, semasa saya bertugas menjadi setiausaha, Pengerusi Kedai Buku, Kedai Tayar dan kewangan dan kebajikan, saya telah menjalankan tugas saya dengan seboleh-boleh dan bersungguh dengan tidak pun saya mengira berapa saya dapat elaun bulanan. Yang saya ingat saya telah terlibat dengan Ahli Lembaga Sagumpas melaksanakan tiga projek perumahan : Taman Sagumpas I, II dan III. Selain itu pada masa saya pelaksanaan zakat ahli terus kepada pusat zakat Pahang telah di uruskan. Bayaran perkhidmatan juga telah di laksanakan, yang saya dapat kaji dari Jabatan Agama Johor ( walau pun ada lembaga pengarah mengatakan apa dia tahu mengenai hukum tersebut).

Masih nampak atau ingat kah anda perkataan : Guru Besar / Penerima surat - Harap sampai kan perkeliling ini kepada semua ahli di sekolah / pejabat tuan.

Masih terpakaikah lagi di kalangan ahli yang memasuki / berubat di hospital mendapat imbuhan sebanyak RM.1000.

Di kedai buku, saya bersama kaki tangan kedai menyusun semula stok yang kemas kini, termasuk sistem fail yang baru. Aishah Nahari, tentu masih teringat pelaksanaan tersebut. Di kedai tayar Sagumpas telah menampakkan keuntungan walaupun sebelum itu, nampak nya rugi. Zaiton mungkin masih ingat, saya hanya ambil RM.15. sahaja untuk bulan tertentu, untuk mengelakkan dari rugi banyak di Kedai Tayar Sagumpas. Nama : Perkhidmatan Tayar Sagumpas, kami telah kongsi idea dengan beberapa kedai tayar di daerah ini, termasuk dari kalangan kedai tayar bukan bumiputra.

IV> ... MENGENANG KEMBALI KEPADA PENGASAS SAGUMPAS

SEJARAH memang tidak dapat padam, termasuk sejarah Sagumpas. Generasi sekarang sudah tentu tidak tahu, siapa pengasas Sagumpas pada tahun 1952, iaitu pada 28.10.1952. Pada tahun 1952 - 1954, Pengerusi ialah : Musa bin Abd Rahman, Setiausaha : Yaakob bin Ismail, Bendahari : Md Tahar Hj Ali. Kemudian dalam tahun 1955 - 1958, Pengerusi : Muhammad bin Taib, Setiausaha : Md Yusof Idris, Bendahari : Abu Bakar bin Salleh.

Kemudian dalam tahun 1959-1960, Pengerusi : Husain bin Jion, Setiausaha : Md Yusof Idris dan Bendahari Abu Bakarbin Salleh dan kemudian diambil alih oleh Yaakob bin Ismail.

Untuk makluman, selain saya menjadi setiausaha di Sagumpas, saya juga masih menyimpan kebanyakan, laporan tahunan Sagumpas, hingga kini. Fakta ini telah pun menjadi sejarah, dan dapat di pakai sebagai bukti yang sah.

Yang di sebut tadi adalah mereka yang berjasa terhadap guru melayu di daerah ini, terutama dalam koperasi dan pedidikan di daerah Pahang Selatan. Banyak lagi nama lain yang telah meninggalkan kita, yang masih menikmati dan memberi pertolongan kepada kita, dalam menegakkan ber koperasian bagi guru di masa kini. Apakah kita sekarang, sebagai pendidik tak pandai mengenang jasa kepada mereka semua. Saya telah bertanya kepada Shamsiah Muhamad berapa ramaikah guru yang bersara menjadi ahli Sagumpas? Kata nya antara 100 ke 150 orang sahaja, tak sampai 200 orang.

Secara peribadi saya telah mengusulkan kepada Ahli Lembaga Pengarah sejak tahun 2006 lagi, supaya di adakan satu majlis doa arwah terhadap pejuang-pejuang Sagumpas yang telah pergi lebih dulu mengadap Allah atau yang tak berdaya, semoga Allah memberi kerahmatan dan keredhaan kepada mereka semua. BULAN RAMADHAN AL MUBARAK, hampir tiba, (sekarang Bulan Rejab 1431), apalah salah nya di peruntukkan sejumlah wang, umpama nya RM 1000 untuk mengadakan jamuan berbuka puasa, sembahyang tarawikh, bacaan Yassin dan kemudian doa arwah, di masjid atau di surau yang di pilih oleh Ahli Lembaga Pengarah. Budi bicara ALP tentu boleh, walau pun tidak masuk dalam anggaran perbelanjaan tahunan. Jemput lah siapa-siapa yang patut, mungkin yang telah bersara juga, tetapi masih setia kepada koperasi. Adakah anda memandang cadangan ini sebagai cadangan yang membazirkan?

V>... PEGAWAI PENGGERAK DI PEJABAT.

NAMA-nama, seperti Haji Sahidun Sulaiman, Haslina bt Kamaruzzaman ( telah meninggal ), Noraishah Nahari, Shamsiah Muhamad, Zaiton Yaacob, Rahimah Ramli, Murni Mahat, Rohaidah Zakaria, Norazlin Abd Razak, Habni Hashim, Abd Rahman Mohd ( telah bersara ), yang manis-manis dan kacak, yang sempat berkhidmat dengan saya, tetap dalam kenangan saya, sebagai pegawai-pegawai yang dedikasi dan bertanggung jawab, dalam melaksanakan tugas di Sagumpas. Saya anggap mereka semua ikhlas bersama saya, semasa saya berkhidmat di Sagumpas.

Kepada semua kaki tangan yang menggerakkan Sagumpas, yang lama, dan yang baru yang mengenali saya, saya ucapkan selamat bertugas dengan jujur dan ikhlas.

VI> ... MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SAGUMPAS KE 57 / 19.6.2010.

Tuan Haji Parudi Md Noor , Pengerusi Koperasi yang baru setahun mengemudikan Sagumpas, mengunggapkan kerugian koperasi dalam aktiviti nya dalam tahun 2009. Beliau mengajak ahli-ahli Sagumpas menyokong operasi kedai tayar, kedai buku untuk meningkatkan keuntungan yang akan memberikan pulangan kepada ahli juga. Itu perkara biasa yang selalu di sebut oleh ALP Sagumpas, sejak dari dulu lagi.

Mengapa ahli semacam menjauhkan dari kedai tayar atau kedai buku. ?. Salah kan AHLI, atau ALP juga bertanggungjawab dalam hal ini ?.

Sebagai contoh yang paling mudah berapa ramai ahli yang hadir ke mesyuarat agung tersebut, turut mencebet , setelah membeli buku di depan dewan persidangan Tun Razak tersebut. Bagi saya, tiap-tiap kali saya hadir di mesyuarat agung, saya akan membeli sebuah buku. Tahun ini saya membeli sebuah buku : MAKKAH al Mukarramah, Kelebihan & Sejarah . (RM.28.00). Tahun lalu saya membeli : LA TAHZAN > Jangan bersedih. (RM35.00). Apa pendapat Cikgu Minah ?.

Pengerusi yang menyembut yang duduk di kerusi depan dewan ini adalah ahli *veteran* Sagumpas yang merupakan *Pejuang Sebenar Sagumpas*. Saya ragu-ragu, untuk menerima bulat unggapan tersebut, terpaksa berfikir banyak kali, yang mungkin boleh di terima juga akhir nya ... Mungkin , bukan sekarang ....!

Pengerusi Francais Negeri Pahang, YB. Noorul Azali bin Sulaiman, ADUN kawasan GUAI, Bera, telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut. Yang saya nampak beliau terpengaruh dengan politik semasa, mempersoalkan : mengapa orang muda sekarang tidak hendak berada di medan perjuangan dalam koperasi ini. Mungkin perubahan nilai hidup atau yang muda hanya untuk menerima dan mengkritik , tanpa mahu terlibat dalam perjuangan. Selama mana kita mahu , hanya menjadi penonton, tetapi tidak mahu menjadi pemain yang aktif, di padang-padang lain , seperti Sagumpas ini. Ikhlas kan diri, banyakkan kerja sukarela, jangan mengira sangat dari segi meterial. Orang cakap ; cakap nya senang: buat nya susah.

Penutup nya, kepada ahli Sagumpas seramai 1597 (31.12.2009) , MARUAH guru melayu dan kaki tangan pendidikan di Pahang Selatan, terletak juga kepada maruah Sagumpas pada keseluruhan nya ...!.


Penulis : Bekas Setiausaha & Pengerusi J/K Kecil Kedai Buku, Kedai Tayar, Kebajikan (1983-2001).
Selasa : 09 Rejab 1431 / 22 Jun 2010.